tip top bet

Kieda dedah suspek rompak barang kemas orang yang sama pecah rumah Kak KM - “Dah macam road tour”

Empat suspek ditahan berhubung kes pecah masuk rumah Kieda.

MISTERI kes pecah masuk rumah usahawan pencuci mulut Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda, 27, terungkai apabila polis membuat tangkapan ke atas empat suspek di Jalan Du𝕴ta, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Suspek termasuk dua wanita direman enam hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah masuk rumah Kieda pada 25 April lalu.
Terbaharu Kieda melalui satu hantaran video di laman Instagram pada Jumaat mendedahkan kes pecah rumahnya merupakan satu kegiatan sindiket yang sebelum ini pernah menyasarkan beberapa kediaman usahawan terkenal. Menurut Kieda, antara yang pernah menjadi sasaran kumpulan jenayah terbabit adalah rumah usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM apabila kediamannya dirompak pada 5 Mac sehingga mengalami kerugian keseluruhan bernilai RM3.5 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 suspek pecah rumah Kie෴da Crepe direman, hanya barang kemas bernilai RM40,000 ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: Emas nilai hampir RM1 juta lesap, Kieda ya🐼kin ‘kerja’ orang sekita🐷r! Simpan di rumah untuk ‘sumber kekuatan’

“Empat suspek yang positif kes Kieda adalah pasangan suami isteri dan adik-beradik. Mereka dah biasa pecah rumah Kak KM serta beberapa rumah usahawan lain di Kelantan dan Selangor. "Sebelum ni kami syak yang ini kerja orang terdekat, rupanya tidak sebab kami tak kenal pun mereka dan memang di luar jangkaan. Mereka duduk di Kuantan, Pahang tapi datang pecah rumah sampai ke Pulau Pinang ni, serupa road tour dah. "Maklumat ni kami terima daripada pihak D4 dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas, Pulau Pinang. Kalau nak tahu, tangkapan berlaku dekat Mahkamah Jalan Duta, ketika tu mereka di sana tengah bicara kes Kak KM. “Maksudnya ketika mereka masih dalam bicara kes pecah masuk rumah, mereka masih aktif merompak rumah orang lain juga di mana rumah saya sendiri turut terlibat,” dedah Kieda.

Antara barang kemas milik Kieda.

Dalam pada itu, Kieda menzahirkan rasa syukur dan lega apabila dia akhirnya dapat mengetahui kebenaran tentang kes pecah masuk rumahnya. "Hari ke-44 sejak rumah kami dipecah masuk, dapat juga jawapan yang boleh buatkan kami tenang, hilang sikit rasa trauma ni. Sekarang kami cuma harapkan semoga ada keadilan yang sewajarnya. "Memandangkan semuanya sudah jelas, harap orang ramai boleh berhenti menuduh sembarangan sampai kenalan dan ahli keluarga kami terkena tempias. Kami ucapkan terima kasih IPD Kepala Batas kerana membantu kami. "Satu lagi saya harapkan keajaiban untuk dapatkan semula barang kemas bernilai RM800,000 yang saya hilang hari tu, kalau ada rezeki dan keberkatan mungkin boleh dapat semula macam Kak KM dapat sebelum ni," ujar Kieda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di dan

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan tip top bet:terma dan syarat yang ditetapkan.