tip top bet

40 tahun bersahabat, geng acik-acik lepas geram travel bersama! Anak-anak dah besar, ada ‘berderet’ tempat nak pergi

Ila (tiga dari kiri) merancang percutian dengan lima lagi orang sahabatnya.

JELAS terpancar kegembiraan di wajah sekumpulan sahabat ini apabila mere💃ka dapat meluangkan masa berjalan bersama-sama ke Sabah.

Menurut Rosfaliza Ramli, dia begitu teruja untuk trip kali ini apabila impiannya untuk meraikan hubungan persahabatan yang terbina sejak 40 tahun lalu dengan lima sahabatnya akhirnya tercapai.
Mesra disapa Ila, katanya, persahabatan mereka terjalin sejak tingkatan satu ketika tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syarifah Rodziah, Telok Mas, Melaka. "Masa muda, saya dan kawan-kawan semua dalam fasa sibuk dengan kerja dan besarkan anak-anak. Nak pergi tengok wayang pun tak dapat.

Ila (kanan) dan rakan-rakannya berkawan sejak 40 tahun lalu.

"Sebelum ni kami memang selalu rancang pergi travel bersama-sama. Biasanya kami akan bagi senarai tempat-tempat menarik.

"Sebenarnya kami 10 orang tapi ada yang tak dapat sertai sebab kekangan masa. Jadi kami berenam saja pergi trip ke Kota Kinabalu dan Kundasang selama empat hari," jelasnya kepada mStar.

Jelas wanita berusia 53 tahun itu, mereka memilih Sabah sebagai destinasi pelancongan memandangkan jarak yang lebih dekat dan tidak mengambil masa panjang untuk bercuti. Katanya lagi, mereka membelanjakan RM1,670 setiap seorang untuk tiket penerbangan, pengangkutan, penginapan serta makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan kereta rasa macam dibuli, kawan-kawan kira sama rata kos duit minyak pergi travel -ꦬ “Saya dah contribute kenderaan”

ARTIKEL BERKAITAN: Lima s♓ahabatඣ batal travel selepas doa mak makbul, ada yang sedih sampai migrain - “Tak lari ke manalah Korea tu”

Bagaimanapun ibu kepada empat cahaya mata itu menjelaskan ini bukanlah trip pertama kali yang dilakukan bersama sahabatnya. "Kebanyakan rakan saya ni pendidik jadi mereka terlibat dengan kelas, peperiksaan dan komitmen terhadap keluarga. Jadi kami kena rancang betul-betul setiap kali nak pergi berjalan. "Ogos tahun lepas kami sudah ke Surabaya. Lepas balik dari trip tu, kami rancang ke Sabah pula dan trip kali ni memang seronok sangat. Kami sempat singgah di kedai mutiara.

Tapi kami berhasrat nak lakukan umrah bersama-sama juga nanti.

ROSFALIZA

"Kami ada beli cincin mutiara yang corak dan rekaan sama sebagai tanda 'sisterhood'. Mereka yang tak dapat join trip pun kami ada belikan juga," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai perancangannya pada tahun hadapan, Ila yang turut menyediakan perkhidmatan rumah inap untuk di Melaka ini bercadang untuk meneruskan lagi percutian bersama ke Lombok atau Jogjakarta pula. Dalam masa terdekat juga, Ila dan rakan-rakan bercadang pergi ke zon Pantai Timur untuk melawat guru-guru pencen yang pernah mengajar mereka di sekolah sebelum ini.

Enam bersahabat ini memilih Sabah sebagai destinasi percutian.

"Sekarang anak-anak kami semua sudah habis sekolah menengah. Macam saya pun tinggal anak masih tingkatan lima tapi duduk di asrama. Malah ada dalam kalangan kami yang sudah mempunyai cucu. "Jadi memang banyak masa terluang boleh saya habiskan dengan kawan-kawan. Kebanyakan daripada kami sudah menunaikan umrah dan haji. Tapi kami berhasrat nak lakukan umrah bersama-sama juga nanti. "Apa-apa pun saya harap persahabatan dan kasih sayang kami ni kekal sehingga ke akhir hayat dan diteruskan oleh anak-anak kami pula nanti. Saya juga nak nasihatkan kalau nak sihat dan boleh berjalan macam kami, jaga kesihatan dan emosi," kata Ila.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di dan

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat !

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.