tip top bet

Gaji isteri makin tinggi tapi banyak belanja famili sendiri, suami anggap keluarga mentua biawak hidup

Suami isteri mengalami masalah rumah tangga disebabkan isu kewangan. -Gambar hiasan

SALING memahami merupa꧙kan salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga.

Namun tidak dinafikan dalam perkahwinan yang dibina, adakalanya sumber pendapatan pasangan juga boleh menjejaskan hubungan suami isteri.
Begitulah yang dialami seorang lelaki yang sudah sedekah melayari bahtera bersama isteri. Berkongsi cerita, lelaki itu berkata, gaji bulanannya di awal perkahwinan adalah sebanyak RM4,000, manakala isteri pula memperoleh RM3,000.

Suami isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing dari segi kewangan. -Gambar hiasan

"Hal belanja rumah semua saya tanggung dan gaji isteri dibuat simpanan. Tapi sebab famili dia (isteri) selalu ada masalah duit, isteri akan keluarkan gajinya untuk tanggung keluarga dia. "Lama-kelamaan gaji isteri tak ada simpanan. Jadi, bila kami bercuti atau nak balik kampung, saya terpaksa guna kad kredit dan simpanan saya sendiri untuk berbelanja. "Lama-kelamaan juga saya tak mampu nak berbelanja lebih daripada kemampuan," katanya menerusi satu luahan di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2.30 pagi pintu bilik hotel diketuk, suami terkejut isteri muncul tiba-tiba! Gigih datang dari Johor ke Langkawi nak ‘spot check’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri merajuk suami beli Honda FL5! Siap keluar simpanan 6 angka bayar down payment... Cita-cita nak berhenti kerja terbantut

Selepas setahun demi tahun, dia dan isteri mengalami kenaikan gaji secara berperingkat di syarikat tempat bekerja masing-masing. "Gaji dia naik dari RM3,000 kepada RM5,000. Selepas 10 tahun, gaji dia naik kepada RM9,000. Pada masa sama, gaji saya pun naik kepada RM10,000. "Cuma saya rahsiakan daripada pengetahuan isteri sebab simpan hampir RM4,000 sebulan dalam Tabung Haji," ujarnya sambil menambah simpanannya di institusi kewangan itu mencecah RM50,000.

isteri berlagak 1

Seorang wanita membuat pengiraan perbelanjaan keluarga. -Gambar hiasan

Namun sejak isteri memperoleh kenaikan gaji, lelaki berkenaan mengakui hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu. Jelasnya, isterinya mula menunjukkan sifat berlagak dengan dirinya.

Masing-masing fikir gaji besar. Bersyukurlah.

NETIZEN

"Isteri rasakan semua benda dalam keluarga, dia yang bayar. Walhal kereta dan rumah saya tanggung. Cuma kalau dia nak bantu famili dia dan nak balik kampung, dia akan belanja sakan untuk famili. "Bila sampai satu tahap, apabila famili dia perlu bantuan dan saya tak bantu, dia anggap saya tidak berkemampuan," katanya.

isteri berlagak 5

Seorang isteri mula bosan dengan hubungannya bersama suami. -Gambar hiasan

Malah katanya, sikap angkuh dan bongkak isterinya semakin keterlaluan sehingga memperlekehkan dirinya sebagai suami dan juga ketua keluarga. "Selalu keluar dari mulut adalah dia minta ceraikan dia sebab beranggapan kalau dah bercerai dengan saya, dia dapat bagi lebih kepada keluarganya," tambahnya. Keadaan itu membuatkan hatinya menjadi tidak tenang sehingga sering membayangkan untuk menceraikan isterinya. "Saya rasa kasihan kalau saya lepaskan dia. Saya risau dia akan tertekan jiwa dan raga dia dengan keluarga. Cuma isteri tak nampak perkara ni, dia rasa mampu kendalikan famili dia yang bagaikan biawak hidup tu," katanya terkilan.

isteri berlagak 3

Konflik sering terjadi dalam hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

Luahan lelaki itu nampaknya tidak berpihak kepada dirinya, sebaliknya rata-rata netizen menasihatkan supaya bersyukur dan menyelesaikan masalah hubungan dengan isteri secara baik. "Suami isteri bergaji RM19,000 sebulan, lagi fikir masalah duit. Rugi, buat penat otak je. Dia (isteri) membantu keluarga dia, kamu berdua dari gaji RM4,000 dah sampai RM10,000. Nikmat mana lagi yang engkau tidak syukuri. "Dua-dua ada baik buruk. Dua-dua kena muhasabah diri. Terpulang duit isteri nak buat apa, begitu juga kamu asalkan tanggungjawab dan nafkah cukup. Ini sebab ego je. Masing-masing fikir gaji besar. Bersyukurlah. "Dia minta cerai sebab dia rasa duit dia lagi banyak dari kau. Dia nak tolong famili dia, itu duit dia. Tapi sebab ego, dia cakap macam tu. Itulah pentingnya pengetahuan agama dalam hidup suami isteri. Bincang dengan dia elok-elok," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di , dan

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat !

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.