tip top bet

Ustaz terdetik rasa sedih urus jenazah meninggal ketika bekerja! Bimbang diri sendiri sibuk kejar duniawi

Menurut perkongsian Ustaz Abdul di TikTok, arwah meninggal dunia akibat serangan jantung.

KEMATIAN akan tib🦩a pada sa⛄at dan ketika yang ditentukan Allah, tidak cepat dan lambat walaupun sesaat.

Begitulah kisah seorang individu yang dilaporkan rebah secara tiba-tiba ketika sedang bekerja sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Kisah pemuda berkenaan yang terkena serangan jantung meraih perhatian ramai netizen selepas ia dikongsi oleh menerusi TikTok pada Isnin.

ustaz 2

Ustaz Abdul berkongsi tentang kisah kematian itu menerusi TikTok.

"Seawal pukul 7 pagi saya menerima mesej ada jenazah yang perlu diuruskan hari ni. Dijangka sekitar 11.30 pagi. "Sampai di hospital, sementara menunggu proses bedah siasat selesai, saya berborak dengan waris. Arwah rebah ketika bekerja. Allah," ujarnya memulakan cerita. Ustaz Abdul yang bekerja dalam bidang pengurusan jenazah memaklumkan dia turut terfikir mengenai detik-detik terakhir sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhir.

Walaupun sedih, saya tetap uruskan jenazah dengan berhati-hati kerana ia baru selesai dibedah siasat.

USTAZ ABDUL

"Bila jenazah dah sedia untuk dimandikan, saya pun masuk kedalam bilik mandi dan terus melihat jenazah. "Saya terfikir jika saya di tempatnya, pasti banyak perkara dunia yang saya sedang fikir pada masa tu untuk dibuat hari ni. "Mungkin saya fikir pagi ni nak sarapan apa? Nanti nak balas mesej WhatsApp, petang nak buat apa, minggu depan nak buat apa dan macam-macam lagilah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz dapat panggilan hospital, minta urus jenazah ‘istimewa’ selepas Zohor - “Dah separuh gali, kel🎃uar air dan berbau”

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar penemuan mayat 🅰hanya tinggal rangka, lengkap berpakaian... Ustaz usaha tutup aib si mati, jaga e🅰mosi keluarga

Tambah Ustaz Abdul, pemergian mengejut lelaki itu juga memberi peringatan bahawa hal-hal duniawi tidak lagi berguna selepas roh seseorang itu terpisah daripada jasadnya. "Tapi bila Allah dah tetapkan inilah masanya, maka apa semua yang dirancang hanya jadi bualan mereka yang hidup. Dunia yang kita kejar semua dah jadi kenangan. "Harta, ahli keluarga, pangkat, jawatan, gurau senda dan semuanya ditinggalkan dan yang hidup akan gantikan kita untuk uruskannya. "Jika mereka ingat kepada kita, adalah bahagian kita nanti, jika tidak, entahlah apa yang terjadi kelak. Sebab kita semua belum mati lagi.

ustaz 4

Antara komen netizen di TikTok Ustaz Abdul.

"Walaupun sedih, saya tetap uruskan jenazah dengan berhati-hati kerana dia baru selesai dibedah siasat. Alhamdulillah, semua selesai dengan baik, dikafan dengan baik," ceritanya lagi. Selepas selesai melakukan solat jenazah di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban, Ustaz Abdul berkata dia menghantar arwah ke ke kediaman keluarganya untuk urusan pengebumian dan segalanya berjalan dengan lancar. "Alhamdulillah perjalanan menghantar jenazah sangat baik dan tenang. Sampai di sana kami serahkan jenazah kepada waris dan kami berangkat pulang. "Moga Allah mengampuni kamu, Zulfakar. Amin," tulis Ustaz Abdul mengakhiri perkongsiannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di dan

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat !

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan tip top bet:terma dan syarat yang ditetapkan.