tip top bet

Elisya menangis cerita pengorbanan Fasha Sandha terhadap keluarga, tunai semua permintaan adik-beradik 

Elisya sangat menghargai jasa Fasha terhadap dia dan keluarga mereka.

PELAKON Elisya Sandha tidak dapat men🏅ahan air mata ketika bercakap mengenai pengorbanan kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha.

Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 25, berkata, mereka bukan berasal daripada keluarga berada namun Fasha paling banyak berkorban dalam memastikan semua keperluan dan kehendak mereka adik-beradik dipenuhi.
"Daripada saya kecil sampailah besar, Fasha sentiasa ada untuk saya dan kakak akan pastikan saya gembira.

NP-54

Elisya menangis ketika bercakap mengenai pengorbanan Fasha.

"Saya sangat sayangkan kakak saya... Walaupun kadang-kadang ada bergaduh tapi setiap kali tiba hari jadi saya, dia akan pastikan ia menjadi hari paling gembira.

"Kakak paling banyak menyumbang dalam keluarga kami dan sekarang saya dapat sama-sama membantu apabila sudah ada karier sendiri," katanya kepada mStar.

Elisya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sambutan ulang tahun kelahirannya ke-25 yang diadakan pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ‘overshadow’ 🐓adik sendiri, Fasha tiada niat curi perhatian daripada Elisya Sandha

ARTIKEL BERKAITAN: Dunia sen🦂i tak seindah mana... Fasha Sandha larang Elisya jadi 🅘pelakon

Imbau Elisya, hadiah sebuah basikal untuk hari jadinya yang ke-5 paling diingati kerana ketika itu Fasha berusaha membelinya walaupun keluarganya tidak mampu ketika itu. Malah setiap nota permintaan yang diberikan kepada kakaknya masih disimpan dengan baik oleh Fasha sehingga ke hari ini. "Masa saya berusia lima tahun, saya ada tulis nota mahu sebuah basikal untuk hari jadi dan selitkan nota itu di bawah pintu biliknya.

NP-56

Fasha sentiasa cuba penuhi permintaan Elisya.

"Walaupun keluarga tidak mampu ketika itu tetapi Fasha tetap berkorban dan berusaha membeli basikal itu demi membuatkan saya gembira. "Apabila mengenangkan perkara itu saya jadi sebak sebab saya sangat menghargai kakak saya. "Sampai sekarang dia masih simpan semua nota saya tulis dan ditampal dekat cermin," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di dan

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan tip top bet:terma dan syarat yang ditetapkan.