tip top bet

Puteri Sarah jejak individu tuduhnya buat maksiat, peguam bakal hantar LOD - “Dasar netizen pengecut”

Puteri Sarah tidak berdiam apabila ada pihak yang memfitnah dirinya.

DITUDUH melakukan maksiat, 👍pelakon Puteri Sarah Liyana tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-u🦩ndang terhadap individu menfitnahnya di laman sosial.

Tidak bercakap kosong, Puteri Sarah, 39, memaklumkan pihak peguamnya juga sudah mendapatkan maklumat individu tersebut sebelum menghantar surat tuntutan atau letter of demand (LOD).
"Peguam saya dah dapat kesan awak ya. Nanti akan hantar LOD pada awak," katanya.

puteri sarah 1

Seorang pengguna media sosial berani meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap Puteri Sarah.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi Facebook miliknya memaparkan paparan skrin dia menghantar mesej ke peti masuk laman sosial individu terbabit. Dipercayai pemilik akaun itu juga telah menukar nama pada profil selepas komen ditinggalkan mendapat maklum balas pelbagai pihak. Sementara itu, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu memberi peringatan kepada pengguna media sosial agar menjaga adab dalam memberi komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak berdiam diri, berjaya jejak lelaki tulis komen hinaan... Dah dapat nombor telefon, tempat kerja

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak akan terjadi!” - Puteri Sarah dah ‘move on’, kembali ke pangkuan Syamsul berita fitnah

Malah pelakon ini juga menganggap individu tersebut sekadar berani meninggalkan komen jahat tanpa rasa bertanggungjawab. "Lain kali jangan komen menghina, menuduh aku bermaksiat. Dah PM (private message) pengecut pula. "Dasar netizen pengecut! Terus tukar nama Facebook. Jadilah netizen berhemah dalam penulisan," ujarnya.

puteri sarah 3

Puteri Sarah nasihat netizen supaya menjaga penulisan.

Sebelum ini Puteri Sarah juga cukup lantang dalam membalas komen netizen yang bercakap buruk tentang dirinya. Dia pernah berdepan dengan situasi sebegini dan sudah banyak kali memberi peringatan sama kepada pengikut di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di dan

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan tip top bet:terma dan syarat yang ditetapkan.