tip top bet

Seoul Hot Ramyeon, minuman Yam Uyu kini di Malaysia... Yang penting halal!

Dubuyo kembali mengeluarkan menu bermusim untuk penggemar makanan Korea.

ANNYEONGHASEYO! Buat penggemar makanan Korea, apa kata anda menikmati hidangan bermusim, Seoul Hot Ramyeon🍬 di Dubuyo.

Dengan keunikan kuah ramen ditambah dengan sos sriracha yang pedas dan berkrim, menu ini amat sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.
Tidak lengkap rasanya jika anda tidak mencuba minuman terbaharu, Seoul Yam Uyu yang lazat, menggabungkan goguma manis (ubi keledek) dan susu berkrim dengan mutiara boba buah markisa. Ketua Pegawai Esekutif Dubuyo Sdn Bhd, Woh Kah Yong menekankan tentang evolusi penyediaan pelbagai hidangan Halal Korea di Malaysia setelah melihat penerimaan yang meluas.

Hidangan Seoul Hot Ramyeon yang istimewa di Dubuyo.

“Dengan peningkatan populariti makanan Korea, kami berdedikasi untuk memperkenalkan pelbagai makanan Korea Halal dengan kelainan untuk memastikan ia melebihi jangkaan pelanggan kami dan mengelakkan daripada menjadi tipikal. "Walaupun masakan Korea kini makin meluas, Dubuyo berusaha untuk menyajikannya dengan pendekatan kontemporari dan sihat. "Kami komited untuk memberikan pengalaman kepada anda menjamu selera dengan hidangan yang tiada tandingan. Setiap hidangan disusun dengan teliti menggunakan bahan-bahan terpilih untuk mengekalkan keasliannya," jelas Kah Yong. Sajan ini boleh didapati di seluruh cawangan restoran bermula 4 Jun sehingga 22 September.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di , dan

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.