tip top bet

Floor88 tak fikir untung, bukan tamak bolot semua ‘job’... Eric dan Akram percaya rezeki masing-masing

SEMAKIN murah reꦓzeki ahli kumpulan Floor88 apabila mereka muncul dengan pelbagai projek solo masing-masing, terbaharu Akram dan Eric Fuzi muncul dal♊am podcast terbaharu berjudul Rumah Untuk Curang.

Tampil menafikan dakwaan bersikap tamak mengambil banyak job sampingan, Eric atau Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 32, berkata projek bual bicara terbaharu itu dihasilkan bagi menambah pendapatannya. “Tak ada la bukan tak cukup duit ke apa sebab tak salah kalau nak kembangkan kerjaya malah dapat menjamin masa depan juga. “Ada banyak lagi yang kami nak buat, bagi saya kerja seni ni subjektif jadi tak salah nak cuba benda baru, kalau kata tamak ni lain sebab kalau kami bolot semua kerja dalam masa sama menganggu kerja orang lain. “Setakat ini kami rasa tak ada ganggu kerja orang lain, masing-masing ada rezeki sendiri, siapa usaha lebih jadi rezeki tu dia punya” kata Eric kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.