tip top bet

Tak sangka boleh lumur sos tiram je! Abang kedai tomyam kongsi tip jika terkena minyak panas, siap buat demo

Demonstrasi kaedah rawatan awal jika terkena minyak panas. -Foto TikTok Rizal Tomyam

MELECUR akibat terkena minyak panas boleh dikatakan perkara normꦜa🐬l berlaku bagi mereka yang selalu memasak.

Jika tidak segera dirawat, kecederaan yang dialami boleh menyebabkan kawasan anggota badan yang terkena minyak panas boleh menggelembung, seterusnya mengundang komplikasi yang serius iaitu jangkitan.
Banyak petua atau tip yang dikongsikan warga maya di media sosial untuk mengubati kecederaan akibat terkena minyak panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Baca di FB orang ’share’ petua tabur tepung pada kulit melecur... Tol♛ong jangan ikut!

Ada yang menyarankan agar menyapu ubat gigi, melumur mentega, kicap dan macam-macam lagi. Dalam satu hantaran video di TikTok, seorang individu yang berpengalaman selama 12 tahun sebagai tukang masak, berkongsi petua yang diamalkannya.

Malah, individu yang dikenali sebagai ini turut melakukan demonstrasi menua𒅌ng minyak panas yang sedang menggelegak🀅 pada tangannya!

lecur 2

Kecederaan akibat melecur akan mengundang komplikasi serius jika tidak segera dirawat. -Gambar hiasan

"Kita nak curah atas tangan saya ni. Korang (anda) tengok ya. "Apabila kita kena macam ni, pertama sekali kena ambil sos tiram. Kita sapu sos tiram dekat sini (tangan). "Sapu pada semua bahagian yang terkena. Satu jam nanti boleh elok. "Ia tak akan melecur, tak akan ada bekas. Tapi jangan dicuba-cuba buat. Kalau korang terkena, baru buat ya," katanya lagi. Sementara itu, portal MyHealth turut berkongsi panduan sekiranya tercedera akibat melecur. 1) Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit. 2) Sapukan krim atau losyen yang sesuai. 3) Dapatkan rawatan lanjut di hospital sekiranya kecederaan melecur agak serius.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di dan

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan tip top bet:terma dan syarat yang ditetapkan.